Sunday, July 5, 2015

jawapan soalan pemahaman komsas (peperiksaan pertengahan tahun)

2b)
i) kaduk = datuk kepada hakim dan hamba seorang raja zaman dahulu
ii) Langkah yang dilakukan untuk menggelakkan diri daripada ditipu:
 - tidak mudah mempercayai seseorang
 - sentiasa bersikap berwaspada
 - buat siasatan terlebih dahulu
 - sentiasa bertanya dahulu betul atau tidak sesuatu perkara
 - membuat rujukan ke tempat yang disediakan
iii) Satu pengajaran dalam petikan cerpen:
 -menolong orang yang memerlukan bantuan/elakkan daripada berhutang/ kita tidak harus cepat putus asa/
 dua pengajaran dalam seluruh cerpen:
 - rasional dalam menggunakan saluran yang betul untuk kembalikan hak /maruah keluarga
 - kita tidak seharusnya mengharapkan bantuan orang lain.

2c)
i) seorang hulubalang majapahit/penggawa agung.
ii) dua latar masyarakat:
 - berani melawan musuh
 - masyarakat golongan istana
 - masyarakat melayu yang hidup zaman dahulu
iii) perwatakan Laksamana dalam prosa di atas.
 - berani
 - menurut perintah raja
 - mengawal keamanan negeri

2d)
i) perlunya mengawal pergerakkan kali agar tidak pergi ke tempat2 yang boleh membawa kepada kerosakan.
ii) -elak benda yang buruk
    - elak terjerumus ke lembah kehinaan
    - kehidupan lebih senjata
iii) dua bentuk
    - 7 rangkap
    - rima akhir a, a
suku kata: 6- 18
patah perkataan: 2- 7
bilangan baris dalam perkataan: 2 baris

contoh karangan berpandu: teknik pasang siap

              Tajuk: Cara-cara meningkatkan amalan membaca dalam kalangan remaja di negara ini.
  •                    peranan ibu bapa
  •                    kempen galakan membaca
  •                    harga buku yang berpatutan
  •                    program NILAM di sekolah 



 Contoh karangan menggunakan teknik pasang siap:


               Pada hari ini, isu amalan membaca selalu diperkatakan. Umumnya mengetahui bahawa isu ini semakin hari semakin serius. Persoalannya mengapakah hal sedemikian berlaku? Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur, marilah kita bersama-sama mencari usaha-usaha meningkatkan amalan membaca. 
                
                 Sesungguhnya, cara untuk meningkatkan amalan membaca ialah ibu bapa perlu memainkan peranan. Hal ini demikian kerana ibu bapa boleh menimbulkan minat membaca dalam diri anak-anak. Contohnya, ibu bapa boleh membeli buku cerita, majalah dan akhbar untuk ahli keluarga di rumah. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan membawa kebaikan. Benarlah ibu bapa boleh memainkan peranan penting.

                 Selain itu,caranya ialah buku perlu dijual dengan harga yang berpatutan.Hal ini demikian kerana orang ramai akan mempu untuk membeli buku. Contohnya, kedai buku boleh memberi potongan harga kepada pelajar. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan dapat menanam minat membaca kepada mereka. Tepatlah bahawa harga buku yang murah dapat menggalakkan amalan membaca.

                 Di samping itu, cara untuk meningkatkan amalan membaca adalah dengan mengadakan kempen galakan membaca. Hal ini demikian kerana orang ramai akan menyedari kepentingan membaca. Contohnya, pihak kerajaan boleh melancarkan kempen membaca di seluruh negara. Sekiranya hal ini dilakukan pastilah akan menarik minat orang ramai untuk membaca. Betullah usaha ini akan memberi kebaikan.

                 Kesimpulannya, semua pihak mestilah bekerjasama dalam menyokong usaha ini. Jika tidak, kita tidak akan berjaya. Semoga akan lahir masyarakat yang berilmu. Namun begitu bak kata peribahasa tepuk dada tanya selera.
                 

Tuesday, June 16, 2015