Sila semak
Bahasa Melayu Bahasa Kita
Sunday, October 11, 2015
Tuesday, August 11, 2015
Wednesday, July 22, 2015
kata pemeri
KATA PEMERI
Dalam bahasa Melayu, ialah dan adalah merupakan kata pemeri.
Ialah
Kata pemeri ialah digunakan untuk menjelaskan
persamaan, dan hadir di hadapan frasa nama.
Contoh :
i. Ayah saya ialah guru.
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu.
Adalah
Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas.
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.
* Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut.
Contoh :
i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.
Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut:
Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan hormatnya/ ………………….
Contoh :
i. Ayah saya ialah guru.
ii. Mata pelajaran yang diajar oleh guru itu ialah Bahasa Melayu.
Adalah
Kata pemeri adalah digunakan secara huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
Contoh :
i. Berita kemalangan yang dilaporkan oleh akhbar itu adalah terlalu ringkas.
ii. Bungkusan yang dihadiahkan pengetua itu adalah untuk pelajar cemerlang.
* Kita sering mendengar ada pihak yang mengucapkan kata pemeri adalah seperti berikut.
Contoh :
i. Adalah dimaklumkan bahawa sekolah akan ditutup esok.
ii. Adalah diisytiharkan bahawa Hari Raya Puasa jatuh pada hari Isnin.
Sebenarnya, penggunaan kata pemeri adalah dalam ayat di atas menyalahi tatabahasa bahasa Melayu, kata pemeri itu hendaklah digantikan dengan yang berikut:
Dengan ini/ Anda/ Tuan-tuan/ Dengan hormatnya/ ………………….
Sumbangan : Cikgu Suffian Sulaiman
dipetik daripada laman sesawang: http://bmssbj.blogspot.com/search/label/Tatabahasa
Sunday, July 12, 2015
nota ringkas pmr : bandingan novel
NOTA RINGKAS KOMSAS NOVEL PMR
2013
( BANDINGAN NOVEL )
TEMA: PERSOALAN POKOK ATAU UTAMA YANG DIKEMUKAKAN DALAM SESEBUAH KARYA
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
Kepincangan
dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku.
|
Kasih
sayang seorang anak kepada kedua-dua
ibu bapanya.
|
Perjuangan
golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa
mereka.
|
Contoh
Huraian
|
·
Amri adalah anak yang baik dan bertanggungjawab
kepada keluarga
·
Ayahnya tidak bertanggungjawab terhadap keluarga
·
Akibatnya, Amri sering membuli dan memeras ugut
pelajar junior untuk melepaskan tekanan akibat sikap ayahnya tersebut.
|
·
Iman berusaha dengan sabar untuk menyatukan bapa
dan ibunya semula setelah bercerai.
·
Iman turut bersabar apabila menghadapi segala
perbuatan dan tindakan Linda yang cemburu
·
Akhirnya, berkat kesabaran dan doa iman, ibu dan
bapanya kembali bersama
|
·
Kekuatan jati diri yang dibina dalam novel ini
dapat dilihat melalui watak Nur Sukma Haji Syakir dan Rafiq Mustaqeem
·
Jati diri yang teguh akan melahirkan pewaris yang
bijak dan terarah serta mempunyai nilai moral dan keperibadian yang tinggi.
·
Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk
menyelamatkan golongan remaja daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran
barat.
|
PERSOALAN: IDEA-IDEA SAMPINGAN
YANG DIKEMUKAN OLEH PENGKARYA UNTUK MENYOKONG
PERSOALAN UTAMA ATAU TEMA
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
Contoh Huraian
Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya
untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalam Novel Hikmah karya Mohd. Faris Ikmal terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.
Pertama
persoalan kasih sayang seorang ibu terhadap
anaknya. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu Amri yang amat
sayang akan anaknya. Ibu Amri cuba memenuhi segala keperluan Amri sedangkan
dia sendiri dalam keadaan
lemah.
Selain itu, persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya. Persoalan ini
digarap oleh penulis melalui tanggungjawab Amri terhadap ibunya yang sakit.
Amri dikatakan sanggup mengayuh basikal sejauh 10 km untuk ke pekan membeli
ubat ibunya di farmasi.
Bahkan juga, pengarang juga menyelitkan
persoalan prihatin dan simpati
terhadap insan yang dalam kesusahan. Dalam novel ini penulis mengambarkan
perasaan prihatin dan simpati apabila
Sapura dan ayahnya menghantar ibu Amri
ke hospital semasa Amri ke pekan membeli ubat di farmasi. Ayah Sapura juga
membantu menghantar Amri ke hospital setelah pengsan dipukul oleh dua orang
pemuda dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli ubat di farmasi. Pak Dollah juga bersimpati dengan Amri dan ibunya. Dia sanggup
memberikan ibu Amri berhutang barang dapur di kedainya.
|
Contoh Huraian
Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang
dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalam
Novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim
Abidin terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.
Pertama
persoalan pengorbanan.
Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk
berkahwin kerana anak-anak mereka
tidak menyetujui perkahwinan tersebut.
Ayah Iman akur dengan
permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula. Adif Danial pula belum bersedia untuk
menerima orang baharu sebagai ayahnya.
Selain itu, penulis menyelitkan
persoalan tentang ketabahan. Iman
tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya. Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang
melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan
datuk dan neneknya di kampung. Segala masalah
dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.
Selain itu, pengarang memasukkan
persoalan hubungan persahabatan antara
sahabat berlainan bangsa. Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering
mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
|
Contoh Huraian
Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang
dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalam terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.
Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam
novel, antaranya persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya.
Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan
tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya
tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.
Selain
itu, pengarang menyelitkan persoalan
konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang
berlaku antara ibu dengan Sukma. Ibu
Sukma berpendapat Sukma mengalami tekanan perasaan dan telah membelikannya sebuah buku untuk
mengurangkan masalahnya.
Selain
itu, pengarang juga membicarakan persoalan tanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu
Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa
nyawanya terancam atas tindakannya tersebut.
|
Watak Perwatakan
Watak merupakan pelaku yang
memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan
gambaran atau sifat pelaku tersebut.
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
Contoh
Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam
sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku
tersebut.
Watak Utama ( Amri )
·
taat kepada
perintah ibunya. Hal ini
dapat dibuktikan apabila ibu Amri sering menasihati Amri supaya bersabar
dengan tindakan bapanya yang sering merampas wang dan menderanya. Amri
menuruti nasihat dan perintah ibunya.
·
bertanggungjawab terhadap ibunya. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Amri yang sanggup mengayuh
basikal sejauh 10 km ke pekan untuk membeli ubat ibunya di farmasi.
·
seorang
budak yang pendendam terhadap sikap bapanya yang kaki judi dan penagih
dadah sehingga sanggup merampas wang dan mengambil gelang pusaka nenek yang
dipakai ibunya untuk berjudi dan membeli dadah. Bapanya juga sering mendera
ibunya. Oleh sebab marah tindakan bapanya, Amri meluahkan perasaan geram dan
marah terhadap bapanya dengan membuli dan memeras ugut pelajar junior di
sekolahnya.
Watak Sampingan ( Sapura )
·
berani. Sapura
sebagai seorang pengawas berani mengadu perbuatan Amri yang membuli dan
memeras ugut pelajar junior kepada guru walaupun pelajar lain tidak sanggup
berbuat demikian.
·
baik hati. Hal ini
dapat dibuktikan apabila dia
dan ayahnya menghantar ibu Amri ke hospital semasa Amri ke pekan
membeli ubat di farmasi.
·
bukan seorang pendendam. Walaupun Amri pernah menyebabkan dia terjatuh
ke dalam bendang sehingga badan dan pakaiannya habis kotor tetapi dia tidak
mendedami perbuatan Amri tersebut. Ini jelas dilihat melalui tindakan Sapura
yang sanggup menolong Amri dan ibunya dalam kesusahan.
Watak Sampingan ( Ibu Amri)
·
penyayang.
Buktinya, emak Amri sentiasa berusaha menyediakan keperluan Amri walaupun dia
sendiri tidak berupaya untuk melakukannya akibat sikap tidak bertanggungjawab
suaminya yang kaki judi dan penagih dadah.
·
penyabar. Hal ini
dapat dibutikan apabila dia sering didera oleh suaminya seperti wangnya
dirampas tanpa kerelaan, gelang pusaka yang dipakainya diambil, dan dirinya
sendiri sering didera. Namun dia tetap bersabar dengan tindakan suamnya
tersebut.
·
pemaaf. Walaupun
suaminya sering menyeksa, merampas wang dan mengambil gelang pusaka yang
dipakainya untuk membeli dadah dan berjudi tetapi dia memaafkan tindakan
suaminya tersebut. Akhirnya, suaminya insaf dengan kesalahannya tersebut.
|
Contoh
Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam
sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat
pelaku tersebut.
Watak Utama ( Iman Zulaikha)
·
penyayang. Dia sangat
menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.
·
gigih. Iman gigih berlatih
untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.
·
pemaaf. Sifat pemaafnya
terbukti apabila dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya
sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum
pertandingan.
Watak Sampingan ( Cikgu Julia)
·
Cikgu Julia merupakan guru
kelas Iman Zulaikha iaitu kelas Tingkatan Satu Dinamik.
·
bertanggungjawab
terhadap semua muridnya. Dia berasa puas hati
dengan prestasi murid-murud kelas Tingkatan Satu Dinamik dalam peperiksaan
pertengahan tahun yang diumumkan.
·
banyak
membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di
pertandingkan di peringkat sekolahnya dan di peringkat daerah. Dengan
nasihat dan bimbingannya, Iman berjaya menjadi johan dalam pertandingan
pidato peringkat daerah.
Pei Wen
·
Merupakan sahabat baik
Iman.
·
Belajar dalam kelas
yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha.
·
Tinggal dengan emak
tirinya.
Adif Danial.
·
Merupakan sahabat baik
Zulkarnain.
·
Rakan sekelas Iman
Zulaikha.
·
Merupakan pelajar
terbaik dalam kelas 1 Dinamik.
Linda
·
Merupakan rakan
sekelas Iman Zulaikha.
·
Suka menyakiti hati
Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman
Zulaikha.
|
Contoh
Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam
sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat
pelaku tersebut.
Watak Utama ( Nur Sukma)
·
Nur Sukma ialah watak
utama dalam Novel 6.20 hasil karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim. Dia merupakan anak perempuan tunggal
pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
·
Nur Sukma merupakan
seorang penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian
tinggi awam.
·
Seorang yang
bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang
berada di luar pagar rumahnya).
Watak Sampingan (Puan Delia)
·
Ibu Sukma dan isteri
kepada Tuan Haji Syaqir.
·
Seorang yang
berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua,
kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).
·
Seorang yang menghormati
tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma
menyediakan kuih dan air kepada Rafiq).
Jerry
·
Sahabat kepada Sukma
dan berusia 19 tahun.
·
Ayahnya pernah bekerja
dengan ayah Sukma.
·
Taat kepada kedua-dua
ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).
·
Hidupnya diatur oleh
kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam
menentukan hidupnya).
|
LATAR
Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat,
budaya, dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan
latar masa.
Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau
karya sastera.
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
·
di Kelas Amri,
contohnya tempat Amri berbual-bual dengan
Siva mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Amri oleh Cikgu Salman.
·
bilik guru tempat
Amri disoal oleh Cikgu Salman tentang dakwaan bahawa dia memeras ugut pelajar
junior. Di situ jugalah Amri telah dikenakan hukuman rotan.
·
rumah Amri tempat
berlakunya peristiwa bapa Amri meminta
wang daripada emak Amri pada suatu malam.
|
·
Sekolah. Tempat Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif
Danial menuntut ilmu.
·
Rumah datuk dan nenek
Iman
Tempat
tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
·
Port Dickson.Bapa
Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
|
·
Banglo Taman Megah.Contoh:
Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir
bersama-sama keluarganya.
·
Di Dewan Kuliah.Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan
pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.
·
Balkoni kamar .Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.
|
Latar Masyarakat
Latar masyarakat ialah keadaan
masyarakat di tempat cerita berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan
masyarakat itu antara lainnya mencakupi
cara hidup atau budaya seperti agama, kepercayaan, dan pekerjaan.
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
·
masyarakat
pelajar di sekolah. Contohnya, Amri,
Sapura, Siva, dan Rozita mewakili golongan pelajar di sekolah dalam novel
ini.
·
masyarakat
guru yang tegas. Contohnya, Cikgu Salman tidak bertolak ansur dalam soal disiplin. Dia
telah mengenakan hukuman rotan terhadap Amri kerana Amri telah melanggar
undang-undang sekolah apabila membuli pelajar lain.
·
Masyarakat
pelajar yang nakal dan membuli dan
memeras ugut pelajar yang lebih muda. Contohnya, Amri dan Siva meminta wang perlindungan daripada
pelajar yang lebih muda.
|
·
Masyarakat
di sekolah terdirid daripada pelajar dan guru. Iman dan rakan-rakannya
merupakan pelajar di kelas Tingkatan Satu Dinamik.
·
Masyarakat moden yang
mementingkan pendidikan. Ibu Iman melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah
kedoktoran.
·
Masyarakat yang celik teknologi
komunikasi. Iman dan ibunya saling berutus berita melalui e-mel
|
·
Masyarakat yang
mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan kekeluargaan agar hidup
sejahtera. Contohnya, ikatan kasih sayang antara Sukma dan ibu bapanya tetap
utuh walaupun mereka diuji dengan dugaan yang berat.
·
Masyarakat yang
bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqir menjalankan tugas sebagai wakil
rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang
dipikul.
·
Masyarakat yang gigih
berusaha dan mementingkan pendidikan. Contohnya, Sukma merupakan mahasiswa
cemerlang dalam pengajiannya.
|
Latar Masa
Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa dalam
cerita atau atau karya. Sama ada berdasarkan tarikh, bulan, tahun, masa secara
umum, pagi, tengah hari, petang, malam ataupun subuh.
Cuba dapatkan latar masa berdasarkan novel yang telah kamu baca di
Tingkatan 1,2, dan 3
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
·
pada persekolahan. contohnya
Amri membuli dan memeras ugut pelajar
junior di sekolah. Kejadian itu dilihat oleh Sapura yang ketika itu dalam
perjalanan ke kantin untuk membeli
makanan.
·
pada petang.contohnya Amri mengayuh basikalnya sejauh sepuluh
kilometer untuk ke pekan kerana hendak membelikan uhat demam dan ubat luka
buat emaknya.
·
pada pukul 11.00 malam.
contohnya, peristiwa bapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila emak
Amri tidak memberinya wang. dia menyelongkar gerobok pakaian hingga menemukan
wang.
|
·
Pada waktu pagi. Sewaktu
sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah
mengasari Iman.
·
Pada waktu petang.Selepas sesi persekolahan. Contohnya,
Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.
·
Pada waktu malam.Hubungan Iman dengan
ibunya.Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail
dengan ibunya yang berada di New Zealand.
|
·
6:20
pagi .Contoh: Sukma melihat seorang
wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang tidak dikenali di hadapan rumahnya.
·
Petang.
Contoh: Aim
mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.
·
Senja Contoh: Sukma masih berjalan
mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.
|
NILAI
Merupakan tingkah laku atau
perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara
umum dalam
sesebuah karya sastera
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
·
nilai kasih sayang. Nilai ini digambarkan oleh pengarang melalui perwatakan Amri seorang
pelajar penyayang, contohnya Amri amat menyayangi ibunya hingga sanggup
berbasikal sejauh sepuluh kilometer ke
pekan untuk membeli ubat ibunya.
·
seorang anak
yang bertanggungjawab terhadap
ibunya. Amri sangat kasihan dan selalu
mempertahankan ibunya akibat sikap tidak bertanggungjawab bapanya.
Justeru, akibat tekanan jiwa kerana masalah yang ditimbulkan bapanya, Amri
berubah menjadi insan yang degil, keras kepala, suka membuli dan memeras ugut
pelajar junior apabila berada di sekolah.
·
taat perintah ibunya. Hal ini terbukti apabila Amri mengikut nasihat ibunya supaya tidak
memarahi sikap bapanya tersebut walaupun dia marah dan geram dengan sikap
bapanya yang sering mengambil wang dan meragut rantai pusaka dipakai oleh
ibunya. Ibunya masih mengharap bapa Amri akan berubah sikap pada suatu hari
nanti.
|
·
Nilai kasih sayang.Iman
amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah. Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi
Iman.
·
Nilai ketabahan.Iman
tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam
pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
·
Nilai
kerajinan.Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang
kaji pelajaran.
|
·
Nilai kasih sayang.Contoh:
Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah
buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan
perasaan.
·
Nilai prihatin.Contoh:
Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan
dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.
·
Nilai setiakawan.Sukma
dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka
iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.
|
PENGAJARAN
PENGAJARAN : Merupakan kesan
perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada
kita atau pembaca.
|
Novel
Hikmah ( Ting. 1 )
Karya Mohd. Faris Ikmal
|
Novel Erti
Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya
Zaihanim Abidin
|
Novel 6.20
( Ting. 3)
Karya Siti
Jasmina bt. Ibrahim
|
|
·
kita haruslah
tabar atau sabar dalam menghadapi dugaan hidup. Contohnya: ibu Amri begitu cekal menerima dugaan apabila suaminya
berubah sikap dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia diperlakukan dengan
kejam, namun wanita ini tetap cekal
dan tetap menghorrnati suaminya.
·
kita hendaklah
prihatin atau belas kasihan
terhadap insan yang sedang dalam kesusahan.
Contohnya: Sapura dan bapanya prihatin dan belas keasihan terhadap Amri dan
ibunya yang ditimpa kesusahan.
·
sebagai
ibu bapa mereka haruslah bertanggungjawab terhadap anak-anak dengan
memberi kasih sayang, menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak mereka. Contohnya: ibu Amri sangat sayang akan Amri dan sanggup berkorban
demi kesejahteraan anaknya itu walaupun dia dalam keadaan lemah. Sementara
sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab pula menyebabkan keluarganya porak peranda dan Amri tertekan menyababkan
dia melakukan perbuatan buli dan memeras ugut pelajar junior di sekolahnya.
|
·
·
Kita hendaklah
menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka,
kita tidak akan lahir ke dunia.
·
Kita perlu tabah
menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu
pertandingan.
·
Sebagai seorang
pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
|
·
Kita hendaklah menghormati
golongan yang lebih tua daripada kita.Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu
misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana
bimbang akan keselamatannya.
·
Kita tidak harus mudah
terpengaruh oleh anasir luar .Contoh: Sukma
dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya
sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.
·
Seorang sahabat
hendaklah mempunyai sikap setiakawan.Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan
rakan baik mereka iaitu Jerry dan
Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan
pemikiran barat.
|
merujuk: bahan
rujukan daripada nota ekspress smka sultan azlan shah
Subscribe to:
Comments (Atom)