Sunday, July 12, 2015

nota ringkas pmr : bandingan novel



NOTA RINGKAS KOMSAS NOVEL PMR 2013
 ( BANDINGAN NOVEL )
TEMA: PERSOALAN POKOK ATAU UTAMA YANG DIKEMUKAKAN  DALAM SESEBUAH KARYA

Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
Kepincangan dalam keluarga yang menyebabkan anak memberontak dan berubah tingkah laku.
Kasih sayang  seorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya.
Perjuangan golongan muda dalam menentang anasir-anasir barat yang mempengaruhi jiwa mereka.
Contoh Huraian
·         Amri adalah anak yang baik dan bertanggungjawab kepada keluarga
·         Ayahnya tidak bertanggungjawab terhadap keluarga
·         Akibatnya, Amri sering membuli dan memeras ugut pelajar junior untuk melepaskan tekanan akibat sikap ayahnya tersebut.
·         Iman berusaha dengan sabar untuk menyatukan bapa dan ibunya semula setelah bercerai.
·         Iman turut bersabar apabila menghadapi segala perbuatan dan tindakan Linda yang cemburu
·         Akhirnya, berkat kesabaran dan doa iman, ibu dan bapanya kembali bersama
·         Kekuatan jati diri yang dibina dalam novel ini dapat dilihat melalui watak Nur Sukma Haji Syakir dan Rafiq Mustaqeem
·         Jati diri yang teguh akan melahirkan pewaris yang bijak dan terarah serta mempunyai nilai moral dan keperibadian yang tinggi.
·         Sukma dan rakan-rakannya berusaha untuk menyelamatkan golongan remaja daripada terus hanyut dengan pengaruh pemikiran barat.

PERSOALAN: IDEA-IDEA SAMPINGAN YANG DIKEMUKAN OLEH PENGKARYA UNTUK MENYOKONG
PERSOALAN UTAMA ATAU TEMA

Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
Contoh Huraian
   Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalam Novel Hikmah karya Mohd. Faris Ikmal terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.

   Pertama persoalan kasih sayang seorang  ibu terhadap anaknya. Hal ini dapat dilihat melalui perwatakan ibu Amri yang amat sayang akan anaknya. Ibu Amri cuba memenuhi segala keperluan Amri sedangkan
dia sendiri dalam keadaan lemah.

  Selain itu, persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapanya. Persoalan ini digarap oleh penulis melalui tanggungjawab Amri terhadap ibunya yang sakit. Amri dikatakan sanggup mengayuh basikal sejauh 10 km untuk ke pekan membeli ubat ibunya di farmasi.

  Bahkan juga, pengarang juga menyelitkan persoalan prihatin dan simpati terhadap insan yang dalam kesusahan. Dalam novel ini penulis mengambarkan perasaan prihatin dan simpati  apabila Sapura  dan ayahnya menghantar ibu Amri ke hospital semasa Amri ke pekan membeli ubat di farmasi. Ayah Sapura juga membantu menghantar Amri ke hospital setelah pengsan dipukul oleh dua orang pemuda dalam perjalanan pulang ke rumah setelah membeli ubat di farmasi. Pak Dollah juga bersimpati dengan Amri dan ibunya. Dia sanggup memberikan ibu Amri berhutang barang dapur di kedainya.


Contoh Huraian
Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalam Novel Erti Sebuah Pengorbanan karya Zaihanim Abidin terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.

Pertama persoalan pengorbanan. Ayah Iman dan ibu Adif Danial, terpaksa mengorbankan hasrat mereka untuk berkahwin kerana  anak-anak mereka tidak menyetujui perkahwinan tersebut.  Ayah Iman akur  dengan permintaan Iman agar beliau berbaik-baik dengan bekas isterinya semula.  Adif Danial pula belum bersedia untuk menerima orang baharu sebagai ayahnya.

     Selain itu, penulis menyelitkan persoalan tentang ketabahan. Iman tabah menghadapi dugaan dan cabaran yang dihadapinya.  Setelah ditinggalkan oleh ibunya yang melanjutkan pelajaran di New Zealand, dia menyesuaikan dirinya tinggal dengan datuk dan neneknya di kampung.  Segala masalah dihadapinya tanpa merungut malahan dia lebih berazam untuk berjaya.

    Selain itu, pengarang memasukkan persoalan hubungan persahabatan antara sahabat berlainan bangsa. Iman dan Pei Wen bersahabat baik dan sering mencurah rasa serta sama-sama menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.

   
Contoh Huraian
Persoalan merupakan idea-idea sampingan yang dikemukan oleh pengkarya untuk menyokong persoalan utama ataupun tema. Dalam terdapat beberapa persoalan yang diutarakan.

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel, antaranya persoalan kasih sayang ibu bapa terhadap anak-anaknya. Contoh: Ibu Sukma berasa sangat bimbang apabila Sukma ingin berjumpa dengan tetamu-tetamu misteri di hadapan rumahnya pada jam 6:20 kerana baginya tindakan Sukma akan membawa bahaya kepada dirinya.

     Selain itu, pengarang menyelitkan persoalan konflik dalam keluarga. Persoalan ini dipaparkan melalui konflik yang berlaku antara ibu dengan Sukma.  Ibu Sukma berpendapat Sukma mengalami tekanan perasaan  dan telah membelikannya sebuah buku untuk mengurangkan masalahnya.

     Selain itu, pengarang juga membicarakan persoalan tanggungjawab seorang sahabat. Contoh: Jerry sanggup membantu Sukma dengan memberitahu segala maklumat kelab WX2 walaupun Jerry tahu bahawa nyawanya terancam atas tindakannya tersebut.



Watak Perwatakan
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.

Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
Contoh Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.
    
Watak Utama ( Amri )
·         taat kepada  perintah ibunya. Hal ini dapat dibuktikan apabila ibu Amri sering menasihati Amri supaya bersabar dengan tindakan bapanya yang sering merampas wang dan menderanya. Amri menuruti nasihat dan perintah ibunya.
·         bertanggungjawab terhadap ibunya. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Amri yang sanggup mengayuh basikal sejauh 10 km ke pekan untuk membeli ubat ibunya di farmasi.
·          seorang budak yang pendendam terhadap sikap bapanya yang kaki judi dan penagih dadah sehingga sanggup merampas wang dan mengambil gelang pusaka nenek yang dipakai ibunya untuk berjudi dan membeli dadah. Bapanya juga sering mendera ibunya. Oleh sebab marah tindakan bapanya, Amri meluahkan perasaan geram dan marah terhadap bapanya dengan membuli dan memeras ugut pelajar junior di sekolahnya.


Watak Sampingan ( Sapura )
·         berani. Sapura sebagai seorang pengawas berani mengadu perbuatan Amri yang membuli dan memeras ugut pelajar junior kepada guru walaupun pelajar lain tidak sanggup berbuat demikian.
·         baik hati. Hal ini dapat dibuktikan  apabila dia  dan ayahnya menghantar ibu Amri ke hospital semasa Amri ke pekan membeli ubat di farmasi.
·         bukan seorang pendendam. Walaupun Amri pernah menyebabkan dia terjatuh ke dalam bendang sehingga badan dan pakaiannya habis kotor tetapi dia tidak mendedami perbuatan Amri tersebut. Ini jelas dilihat melalui tindakan Sapura yang sanggup menolong Amri dan ibunya dalam kesusahan.
   
Watak Sampingan ( Ibu Amri)
·         penyayang. Buktinya, emak Amri sentiasa berusaha menyediakan keperluan Amri walaupun dia sendiri tidak berupaya untuk melakukannya akibat sikap tidak bertanggungjawab suaminya yang kaki judi dan penagih dadah.
·         penyabar. Hal ini dapat dibutikan apabila dia sering didera oleh suaminya seperti wangnya dirampas tanpa kerelaan, gelang pusaka yang dipakainya diambil, dan dirinya sendiri sering didera. Namun dia tetap bersabar dengan tindakan suamnya tersebut.
·         pemaaf. Walaupun suaminya sering menyeksa, merampas wang dan mengambil gelang pusaka yang dipakainya untuk membeli dadah dan berjudi tetapi dia memaafkan tindakan suaminya tersebut. Akhirnya, suaminya insaf dengan kesalahannya tersebut.

  
Contoh Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.

Watak Utama ( Iman Zulaikha)

·         penyayang. Dia sangat menyayangi kedua-dua ibu dan bapanya walaupun mereka telah bercerai.
·         gigih. Iman gigih berlatih untuk memenangi pertandingan pidato peringkat sekolah dan peringkat daerah.
·         pemaaf. Sifat pemaafnya terbukti apabila dia memaafkan kesalahan Linda yang pernah menolaknya sehingga jatuh tangga dan mengambil diari serta teks pidatonya sebelum pertandingan.


Watak Sampingan ( Cikgu Julia)

·         Cikgu Julia merupakan guru kelas Iman Zulaikha iaitu kelas Tingkatan Satu Dinamik.
·         bertanggungjawab terhadap semua muridnya. Dia berasa puas hati dengan prestasi murid-murud kelas Tingkatan Satu Dinamik dalam peperiksaan pertengahan tahun yang diumumkan.
·         banyak membantu Iman Zulaikha dalam pelajaran dan pertandingan pidato yang di pertandingkan di peringkat sekolahnya dan di peringkat daerah. Dengan nasihat dan bimbingannya, Iman berjaya menjadi johan dalam pertandingan pidato peringkat daerah.

Pei Wen
·         Merupakan sahabat baik Iman.

·         Belajar dalam kelas yang sama dan tinggal sekampung dengan Iman Zulaikha.
·         Tinggal dengan emak tirinya.

Adif Danial.
·         Merupakan sahabat baik Zulkarnain.

·         Rakan sekelas Iman Zulaikha.

·         Merupakan pelajar terbaik dalam kelas 1 Dinamik.




Linda
·         Merupakan rakan sekelas Iman Zulaikha.

·         Suka menyakiti hati Iman dan akhirnya dia insaf akan kesalahannya dan berbaik semula dengan Iman Zulaikha.




Contoh Huraian
Watak merupakan pelaku yang memegang watak dalam sesebuah karya sastera sementara perwatakan merupakan gambaran atau sifat pelaku tersebut.

Watak Utama ( Nur Sukma)
·         Nur Sukma ialah watak utama dalam Novel 6.20 hasil karya Siti Jasmina bt. Ibrahim. Dia merupakan anak perempuan tunggal pasangan Tuan Haji Syaqir dan Puan Delia yang berusia 19 tahun.
·         Nur Sukma merupakan seorang penuntut Jurusan Sains dan Falsafah di sebuah institusi pengajian tinggi awam.
·         Seorang yang bersimpati terhadap orang lain (Sukma berasa simpati kepada wanita tua yang berada di luar pagar rumahnya).

       
Watak Sampingan (Puan Delia)
·         Ibu Sukma dan isteri kepada Tuan Haji Syaqir.

·         Seorang yang berhati-hati (Ibu Sukma melarang Sukma daripada berjumpa dengan wanita tua, kanak-kanak dan lelaki muda di hadapan pagar rumahnya).

·         Seorang yang menghormati tetamu (Puan Delia menyuruh Sukma menyediakan kuih dan air kepada Rafiq).

Jerry
·         Sahabat kepada Sukma dan berusia 19 tahun.

·         Ayahnya pernah bekerja dengan ayah Sukma.
·         Taat kepada kedua-dua ibu bapanya (Jerry mengikut arahan ayahnya untuk berpindah).

·         Hidupnya diatur oleh kedua-dua ibu bapanya (Jerry tidak diberi pilihan atau kebebasan dalam menentukan hidupnya).
     

LATAR
Latar ialah semua keterangan yang berkaitan dengan waktu, ruang, tempat, budaya, dan suasana yang berlaku dalam karya atau cereka.
Latar terbahagi kepada tiga, iaitu latar tempat, latar masyarakat dan latar masa.

Latar Tempat
Latar tempat ialah tempat berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau karya sastera.

Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
  
·         di Kelas Amri, contohnya tempat Amri berbual-bual dengan  Siva mengenai hukuman yang dikenakan ke atas Amri oleh Cikgu Salman.
·         bilik guru tempat Amri disoal oleh Cikgu Salman tentang dakwaan bahawa dia memeras ugut pelajar junior. Di situ jugalah Amri telah dikenakan hukuman rotan. 
·         rumah Amri tempat berlakunya peristiwa  bapa Amri meminta wang daripada emak Amri pada suatu malam.
       

     

·         Sekolah. Tempat  Iman, Pei Wen, Zulkarnain, Linda dan Adif Danial menuntut ilmu.
·         Rumah datuk dan nenek Iman
Tempat tinggal Iman setelah ibunya pergi melanjutkan pelajaran ke New Zealand.
·         Port Dickson.Bapa Iman, Yusri membawa Iman dan datuk neneknya bersiar-siar ke Port Dickson.
 
·         Banglo Taman Megah.Contoh: Rumah kediaman Tuan Haji Syaqir bersama-sama keluarganya.

·         Di Dewan Kuliah.Contoh:Profesor Darul sedang menyampaikan pengajaran kepada pelajar-pelajarnya.

·         Balkoni kamar       .Contoh: Perbualan antara ibu dengan Sukma.  

Latar Masyarakat
Latar masyarakat  ialah keadaan masyarakat di tempat cerita berkenaan berlaku. Gambaran tentang keadaan masyarakat  itu antara lainnya mencakupi cara hidup atau budaya seperti agama, kepercayaan, dan pekerjaan.

Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
    
·         masyarakat pelajar  di sekolah. Contohnya, Amri, Sapura, Siva, dan Rozita mewakili golongan pelajar di sekolah dalam novel ini.
·         masyarakat guru yang tegas. Contohnya, Cikgu Salman tidak  bertolak ansur dalam soal disiplin. Dia telah mengenakan hukuman rotan terhadap Amri kerana Amri telah melanggar undang-undang sekolah apabila membuli pelajar lain.
·         Masyarakat pelajar yang nakal  dan membuli dan memeras ugut pelajar yang lebih muda. Contohnya, Amri dan  Siva meminta wang perlindungan daripada pelajar yang lebih muda.
·         Masyarakat di sekolah terdirid daripada pelajar dan guru. Iman dan rakan-rakannya merupakan pelajar di kelas Tingkatan Satu Dinamik.
·         Masyarakat moden yang mementingkan pendidikan. Ibu Iman melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah kedoktoran.
·         Masyarakat yang celik teknologi komunikasi. Iman dan ibunya saling berutus berita melalui e-mel

·         Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan kekeluargaan agar hidup sejahtera. Contohnya, ikatan kasih sayang antara Sukma dan ibu bapanya tetap utuh walaupun mereka diuji dengan dugaan yang berat.

·         Masyarakat yang bertanggungjawab. Contohnya, Haji Syaqir menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab terhadap amanah yang dipikul.

·         Masyarakat yang gigih berusaha dan mementingkan pendidikan. Contohnya, Sukma merupakan mahasiswa cemerlang dalam pengajiannya.


Latar Masa
Latar masa ialah masa atau tempoh berlakunya sesuatu peristiwa dalam cerita atau atau karya. Sama ada berdasarkan tarikh, bulan, tahun, masa secara umum, pagi, tengah hari, petang, malam ataupun subuh.
Cuba dapatkan latar masa berdasarkan novel yang telah kamu baca di Tingkatan 1,2, dan 3

Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
·         pada persekolahan. contohnya Amri membuli dan memeras ugut  pelajar junior di sekolah. Kejadian itu dilihat oleh Sapura yang ketika itu dalam perjalanan ke kantin untuk  membeli makanan.
·         pada petang.contohnya Amri mengayuh basikalnya sejauh sepuluh kilometer untuk ke pekan kerana hendak membelikan uhat demam dan ubat luka buat emaknya.
·         pada pukul 11.00 malam. contohnya, peristiwa bapa Amri meminta wang daripada emak Amri. Apabila emak Amri tidak memberinya wang. dia menyelongkar gerobok pakaian hingga menemukan wang.
·         Pada waktu pagi. Sewaktu sesi persekolahan pagi bermula jam 7.35 pagi.
Contohnya, sewaktu di dalam kelas Linda telah mengasari Iman.
·         Pada  waktu petang.Selepas sesi persekolahan. Contohnya, Iman menemani Pei Wen membeli barang di pasar raya.

·         Pada  waktu malam.Hubungan Iman dengan ibunya.Contohnya, Iman selalu berbalas e-mail dengan ibunya yang berada di New Zealand.
·         6:20 pagi .Contoh: Sukma melihat seorang wanita tua, kanak-kanak dan seorang pemuda yang         tidak dikenali di hadapan rumahnya.
·         Petang. Contoh:  Aim mengejutkan Sukma daripada tidur kerana hari sudah petang.
·         Senja Contoh: Sukma masih berjalan mundar- mandir di selatan kelab, senja hampir berlabuh.


NILAI
Merupakan tingkah laku atau perlakuan baik atau jahat yang terpancar daripada watak dan perwatakan secara umum dalam
sesebuah karya sastera
Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
·         nilai kasih sayang. Nilai ini digambarkan oleh pengarang melalui perwatakan Amri seorang pelajar penyayang, contohnya Amri amat menyayangi ibunya hingga sanggup berbasikal sejauh sepuluh kilometer  ke pekan untuk membeli ubat ibunya.
·         seorang anak  yang bertanggungjawab terhadap ibunya. Amri sangat kasihan dan selalu  mempertahankan ibunya akibat sikap tidak bertanggungjawab bapanya. Justeru, akibat tekanan jiwa kerana masalah yang ditimbulkan bapanya, Amri berubah menjadi insan yang degil, keras kepala, suka membuli dan memeras ugut pelajar junior apabila berada di sekolah.
·         taat perintah ibunya. Hal ini terbukti apabila Amri mengikut nasihat ibunya supaya tidak memarahi sikap bapanya tersebut walaupun dia marah dan geram dengan sikap bapanya yang sering mengambil wang dan meragut rantai pusaka dipakai oleh ibunya. Ibunya masih mengharap bapa Amri akan berubah sikap pada suatu hari nanti.
      
·         Nilai kasih sayang.Iman amat menyayangi ibu dan bapanya walaupun mereka telah berpisah.  Datuk dan nenek Iman juga amat menyayangi Iman.
·         Nilai ketabahan.Iman tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangannya dalam pertandingan pidato peringkat sekolah dan daerah
·         Nilai kerajinan.Iman merupakan seorang pelajar yang rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.
·         Nilai kasih sayang.Contoh: Ibu Sukma menghadiahkan Sukma sebuah buku kerana risau tentang diri Sukma yang dikatakan mengalami tekanan perasaan.

·         Nilai prihatin.Contoh: Tuan Haji Syaqir berjaya mengumpulkan dana bagi membiayai pembedahan jantung dan rawatan kulit Ehsan.

·         Nilai setiakawan.Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan pemikiran barat.


PENGAJARAN
PENGAJARAN : Merupakan kesan perlakuan atau nilai-nilai baik atau tidak yang boleh menjadi tauladan kepada kita atau pembaca.

Novel Hikmah ( Ting. 1 )
Karya  Mohd. Faris Ikmal
Novel Erti Sebuah Pengorbanan ( Ting. 2)
Karya Zaihanim Abidin
Novel 6.20 ( Ting. 3)
Karya Siti Jasmina bt. Ibrahim
      

·         kita haruslah  tabar atau sabar dalam menghadapi dugaan hidup. Contohnya: ibu Amri begitu cekal menerima dugaan apabila suaminya berubah sikap dan tidak bertanggungjawab. Walaupun dia diperlakukan dengan kejam, namun wanita  ini tetap cekal dan tetap menghorrnati suaminya.

·         kita hendaklah  prihatin atau  belas kasihan terhadap insan yang sedang dalam kesusahan. Contohnya: Sapura dan bapanya prihatin dan belas keasihan terhadap Amri dan ibunya yang ditimpa kesusahan.

·         sebagai  ibu bapa mereka haruslah bertanggungjawab terhadap anak-anak dengan memberi kasih sayang, menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak mereka. Contohnya: ibu Amri sangat sayang akan Amri dan sanggup berkorban demi kesejahteraan anaknya itu walaupun dia dalam keadaan lemah. Sementara sikap bapa Amri yang tidak bertanggungjawab pula menyebabkan keluarganya  porak peranda dan Amri tertekan menyababkan dia melakukan perbuatan buli dan memeras ugut pelajar junior di sekolahnya.
·          

·         Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa walaupun mereka telah berpisah kerana tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia.

·         Kita perlu tabah menghadapi pelbagai dugaan untuk mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan.

·         Sebagai seorang pelajar kita haruslah rajin membaca dan mengulang kaji pelajaran.

      

·         Kita hendaklah menghormati golongan yang lebih tua daripada kita.Contoh: Sukma menghormati ibunya dengan tidak pergi menemui tetamu-tetamu misteri yang berkunjung ke rumahnya apabila dia ditegah oleh ibunya kerana bimbang akan keselamatannya.

·         Kita tidak harus mudah terpengaruh oleh anasir luar .Contoh: Sukma dan Rafiq mampu menangkis pengaruh pemikiran barat meskipun rakan-rakannya sendiri telah terlibat dengan kumpulan WX2.

·         Seorang sahabat hendaklah mempunyai sikap setiakawan.Contoh: Sukma dan Rafiq sanggup menghadapi bahaya untuk menyelamatkan rakan  baik mereka iaitu Jerry dan Iskandar daripada terus dipengaruhi dengan  pemikiran barat.



merujuk: bahan rujukan daripada nota ekspress smka sultan azlan shah

No comments:

Post a Comment